Sunday, October 23, 2011

Pulau Kangaroo


Satu Jemaah akan ke Perth Australia. Takaza 40 hari Negara Jauh awal tahun depan, belanja lebih kurang IPB insyAllah. Apa yang menarik pasal Australia Barat ni (Western Australia – WA) ni ialah penduduknya berasal dari hampir 200 buah Negara, bertutur dengan 170 bahasa dan ada 100 lebih agama! Awal tahun biasanya musim panas lebih kurang 29 C dan malam pula 17 C. Subuh dijangka pada pukul 3.25am dengan terbit matahri pada 5.03am dan Isyak macam kita 8.45pm.

Australia mempunyai bilangan penduduk seramai 21 juta orang. Perth adalah ibu negeri bagi WA, dengan keluasan 2.5 juta km2 dan penduduk lebih kurang 1.7 juta. Daripada jumlah ini 1.4 juta tinggal di Perth. Islam adalah agama yang ke 2 terbesar di Australia dengan jumlah penduduk islam 350,000 orang. Di WA terdapat 25,000 orang muslim dengan suku bangsa Melayu, Arab, Turki, Yugos, India, Pakistan, Afgan, Afrika Selatan, Somalia, Burma, Bosnia dan lain-lain Negara. 15% dari penduduk Australia tidak ada agama.


Tahun 1870 orang Melayu telah datang ke WA sebagai penyelam mutiara. Dari tahin 1941 hingga 1971 bilangan umat islam telah meningkat dari 2,704 orang kepada 22,311 orang.Tahun depan insyallah jemaah Malaysia datang juga sebagai penyelam, tapi kali ini sebagai penyelam hati dan hati manusia.

Jemaah akan bertumpu di Perth Utara, Selatan dan Tengah. Markas di Masjid Perth, 427-429 William Street yang boleh menampung 600 alhi jemaah. Antara masjid-masjid berhampiran adalah Al Hidayah Padbury, Masjid Ar Rukun Rockingham, City West Musalla, Masjid Canning Queen Park, Masjid As Sunnah Cannington, Masjid Mayland.

Kalau nak jauh sikit Masjid Katanning 288km ke selatan dalam 3 1/2 jam perjalanan. Masjid Geraldton adalah 430km ke utara dengan 5 jam berkenderaan, Masjid Newman 1200km ke utara dengan 12 jam perjalanan manakala Masjid South Hedland 1800km ke utara dengan 17 jam perjalanan. Macamnana? Ada berani sambut takaza?

Thursday, October 20, 2011

Pulau Singapura


20 Oktober 2011 Rabu

Singapura tersambung dengan Malaysia dengan tambak johor. JB CIQ atau KIK yang baru memang canggih. Bila line clear 1/2 jam da lepas check point. Asar di Markas Angolia Sarangoon Road. Malam markas hari khamis. Maghrib di Masjid Sultan sebelum tu kena dulu martabak zam2 sekarang harga dah naik S$6.00 medium size & bryani ayam S$6.00 kali 2.5 banyak juga ringgit yang terkorban. Kalau larat bole la kena martabak rusa S$20.00 je.

Yang special pasal Masjid Sultan ni dia punya kipas punya la bapak besar. Aku pk ada 10 bilah kipas yang panjangnya 10 kaki setiap satu. jadi diameter kipas tu dekat 20 kaki. Kat JB belum jumpa lagi. Tahniah pihak pengurusan masjid. bagaimana tuan2 pk untuk nyamankan jemaah begitulah Allah akan nyamankan anda di hari2 yang tak ada penyaman udara. Ikram jemaah Sri Lanka yang nak ke JB. Ada jemaah Kuantan kat sini tapi belum sempat nak nusrah.

Isyak di Masjid Al Iman on the way to Woodlands. Lepas isyak agak sesak di check point. Bila da lama tak masuk rasa lama lak. Camna korang bole sabar beratur panjang2. Orang JB ni memang ada sifat, sabar yang sangat2.

Wednesday, October 19, 2011

Pulau Pemanggil - Finale Part We'll be back


16 Oktober 2011
Lepas bayan isyak semalam Utz Aman kata I buy you breakfast tommorow, Alhamdulillah Utz nak ikram jemaah. Pagi lepas bayan subuh semua pack dan bersihkan masjid. Orang kata lebih bersih dari sebelum datang. Dalam masjid & luar masjid. Semua ahli jemaah ada tugas masing2.

Wapsi (Kata2 nasihat sebelum balik) diberikan kat masjid. Isi barang dalam 'lori' (troli) dan breakfast kat restoran Utz Aman. Orang pulau semua da tunggu Tok Ketua ada Zai pun ada. Zainal Bot makan sekali. Mereka ni memang ada sifat. Menu nasi lemak & kopi o kaw. Selepas bersalam2 dan bermaaf2an kami minta izin dengan Tok Ketua untuk tinggalkan pulau, rasa sedih pun ada. Masing2 control handsome masing2 air mata da bergenang. Walaupun cuma 4h 3m dan macam sdara, ini lah hikmah usaha agama, Allah satukan hati2 kita. Jemput Tok Ketua & Orang Pulau datang kat JB, Calling2 ye.

Sampai kat jeti Cigku Naza datang dan nusrah jemaah hingga ke bot. Cikgu banyak ikram kita kat pulau, memang sedih bila bot pelahan2 tinggalkan jeti. Hadis Nabi saw beritahu 2 orang bertemu & berpisah kerana Allah, Allah akan berikan mereka lindungan bawah Araysh di Padang Masyar di mana tidak ada lindungan pada hari itu yang mana matahari tinggi sejengkal. Kurniakan kami Ya Allah lindungan Mu Amin ....

Ok apa yang dapat kita belajar;

1. Juragan Bot sepanjang masa dia tersenyum. Sapa2 nak marah pun tak bole mesti cair punya. Kita kena banyak senyum. Semua orang suka.

2. Orang Pulau sifat mereka sangat sabar. Isteri sabar tunggu suami balik laut. Suami sabar bila tak bole ke laut musim tengkujuh. Nov to Jan. Anak2 sabar macam ibu bapa mereka. Cikgu2 pun sabar kerenah anak murid. 1 kelas 1 org kalau murid tak datang cikgu kena sabar, Abang polis pun sabar 2 minggu tak lihat darat, Semua orang sabar, tak nampak pun orang marah2, fishing team pun banyak sabar kalau marah2 tu bukan orang pulau. Sabar separuh dari iman...

3. Azan 5 waktu, Solat jemaah 5 waktu. Mana nak cari? tak banyak masjid & surau yang ada amal macam ni. Tok Ketua pulak tu yang azan mana nak cari 5 waktu lagi?

4. Kehidupan berjalan dengan perlahan, tak ada jam tak perlu tergesa gesa. relax & santai. Semua awet muda.

5. Usaha atas pulau kena lembut usaha atas hati. Orang kampung dalam 10 orang dewasa saja selebih orang luar. Kita akan jumpa orang yang sama berulang2 kali. Cakap perkara yang sama. Gash jumpa orang yang sama, 2 1/2 jumpa orang yang sama DTI orang yang sama. Usaha kena buat dengan kasih sayang, Kat tempat kita lain, orang ada ramai. Satu pusingan gash ambil masa setahun dua, 2 1/2jam bole pergi banyak lorong & jalan. kat sini angkat ketiak pun pulau da tau, macam kata ustaz...

6. Sifat kekeluargan sangat tinggi di pulau, rata2 semua mereka adalah keluarga. Orang luar macam kita pun dia kira sdara. Nak beli ikan tak payah bayar ambil free 1 plastik besar. buat kenduri boleh ikan ni. Sifat ikram yang tinggi, Kalau mereka dapat usaha, hidayat 1 pulau, amin

7. we be back sometime somewhere & this time around we will see the crab walking straight together with the son & the rest joint us insyAllah!

Tuesday, October 18, 2011

Pulau Pemanggil - Part 4 (Kg Pak Kalih, Kg Assam Jawa & Lanting Resort)


15 Oct 2011 Sabtu Petang

Mesyuarat dengan Juragan, Gash di 3 kampung lagi hari ni kena tunaikan hak orang kampung. Tak boleh jalan kaki kena naik bot. Lepas bayan asar buat adab gash bentuk jemaah dan terus keluar. Real punya, mana penah buat gash naik bot. Bergerak ke jeti Zainal dah tunggu, sempat taskil di jeti. Cikgu Naza joint sekali. Juragan start engin dan terus jalan kira2 15 knot sejam. Cuaca cantik laut tenang, 1/2 jam nampak Kp Pak Kalih dulu ada ramai orang kat sini. Siap masjid dan sekolah tapi sekarang tinggal 2 rumah berpenghuni.

Bergerak ke arah selatan jumpa Kg Assam Jawa tak ada penghuni. Juragan pasang gawai kejap da sangkut tuna. Jemaah tunai tak dapat, dapat tuna tunai. Sembawang memang expert. Sekali tarik 3 ekor naik. Akhirnya dapat tunai 9 ekor. Asam pedas ke goreng panas, tu semua cip (amir taam/masak) yang uruskan.

Ikan tengah naik banyak Juragan kata cukup dah nak magrib. Memang kena ada sifat syukur. Lalu di Lanting Resort tak ada penghuni staff resort je. Tak sempat singgah dah dekat magrib.

Sampai di Masjid Buau magrib, beberapa team fishing solat jamak. yes syabas pancing pancing juga solat kena jaga, baru Allah ikram. Hai Ya Ala Solah Hai Ya Ala Falah. Marilah Solat Marilah Menuju Kejayaan. Apa2 hal solat dulu jaga amal dulu baru la usaha. Tak gitu Tuan Ustaz?

Dalam keletihan dan mabuk laut bayan magrib di buat, taskil dibuat. 4bulan 40hari & 3 hari. Perut da bunyi Asam Pedas ke Goreng Panas. Utz Aman kata nak BBQ pun bole set dia ada kat chalet. Apa2 pun ok ....

Calling Island - Part 3 (Kg Buau ke Kp Pontianak)



15 Oktober 2011 sabtu
Lepas bayan subuh mesyuarat untuk program hari ni. Pagi ni kita nak usuli ke Kp Pontianak (Vampire Village). Nama pun da seram, no hal semua makhluk Allah, semalam riki sampai atas bukit.

Lepas isyrak jemmah bergerak ke Kp Pontianak dalam 1.5 km ke kiri dari Kp Buau. Breakfast kat restoran pink Utz Azam. Real punya nasi lemak nangis ada telur goreng dan sambal tumis power. Orang pulau ni memang pandai masak. Nasi memang lemak sebab banyak santan. Kena kopi o kaw. Harga memang murah, dont worry.

Padel ke distinasi cuaca panas, jumpa Pak Dagang towkey Chalet, ramah dan mesra orang dia. Ada team dari TNB pasang generator baru, 5 orang dari KL da dekat sebulan kat pulau, team SPR nak pantau pusat dan kawasan mengundi dan fishing team yang lain.

Misi diteruskan melalui titi kayu. Sampai peak, masyAllah satu pemandangan yang luar biasa, jarang2 dijumpa. Pandangan setinggi pokok kelapa air laut yang sungguh cantik (3 colour).

Mission Possible laluan berbatu dan pasir akhirnya sampai ke Vampire Village. Ada Chalet yang dalam pembinaan. Ada 2, 3 rumah tapi tak berpenghuni, biasanya hari Sabtu & Ahad dia orang ada. Mungkin tak ada rezeki nak jumpa dia orang. Badan da berpeluh ni, apa nak buat. ok Amir Sub 1, 2, 3 terjun laut. Memang best pantai ni dia orang kata air ni tak masin sangat, ye ke? nak rasa datang le sini.

Sembawang tangkap ketam pakai tangan je memang terror. Rupanya ada beberapa stail tangkap ketam. Ada ketam yang terlepas lari. Memang dia lari senget. Like crab teaching son walking straight...

Panggilan Pulau - Part 2 (Kp Buau ke Kg Sulit)




Sumber Gambar http://pulaupemanggil.blogspot timakasih cikgu

14 Oktober 2011 Jumaat
Alhamdulillah, para jemaah dapat tidur dengan 'nyenyaknya'. Lps bayan (ceramah)subuh. Iktilat (sembang) dengan Tok Ketua. Tok ceritalah asal usul pulau ni. Atuk dia yang bukak pulau ni lebih kurang 100 tahun dulu. Dulu tahun 70an ada lebih kurang 2,000 orang, tapi bila orang kampung da kena taskil (ajak) ke Felda Tenggaroh maka ramailah yang pegi maka kini tinggal la lebih kurang 40 orang termasuk kanak-kanak.Ada sebuah Sekolah Agama, Sekolah Rendah Kebangsaan (9 guru & 6 murid), Balai Polis (3 anggota bertugas selama 2 minggu bergilir2), Klinik Kesihatan (2 jururawat), Menara Celcom, kalau maxis ada tempat2 yang ada line. Internet ada di sekolah. Tok Ketua memang ramah dan pandai jaga anak buah. Ada beberapa pengusaha chalet Tok Ketua, Utz Aman, Pak Dagang, Pak Yim dll. Kemudahan asas elektrik gunakan system hybrid 24 jam dan air dari bukit.

Tok Ketua sambung lagi, ada 5 kampung semuanya, Kp Buau (Centre yang paling ramai penduduk), Kp Sulit, Kp Pak Kalih, Kp Assam Jawa & Kp Pontianak.

Gash hari ke 2 ke Kp Sulit, pedal (jalan kaki) dari Kp Buau lebih kurang 1 km. Jumpa Zainal Juragan sedang besihkan kebun. Jalan depan lagi kata dia dalam 100m ada rumah Zai & Zamri sepupu dia. Gembira sungguh bila dapat jumpa Zai, dia sedang repair jaring. Mutakalim (Jurucakap) mula beri fikir agama, para jemaah angguk2 kepala sambil lihat anak kucing main2 dan tersangkut kat jaring. Bagus betul Zai ni dia berhenti kait jaring dan dengar dengan tumpuan. Taskil tunai ke masjid.

Dalam perjalanan kat Green Chalet jumpa Azmi anak sedara Zai, beri fikir lagi. Bukan senang tuan dari jauh datang semata2 nak muliakan orang islam, penting ambil agama, rugi kalau tak ada agama, hidup dunia sementara akhirat kekal selama-lamanya. Azmi pun bagus angguk2 tanda setuju, taskil ke masjid.

Nampaklah kulit kerang punyalah besar macam size dulang makan 4 orang. Kata Tok Ketua dulu ada projek kerang gergasi. Aku tenguk pulau ni memang cantik masih ori lagi, air laut ada 3 colour, hijau, biru & putih. Nak cakap pun tak bole sama nampak yang real. Korang datang tenguk sendiri, memang nangis punya.

Lps bayan magrib, iktilat dengan Cikgu Naza dan setahun kat pulau dan suka kat pulau. Malam special tuna goreng panas + kicap jalen memang nangis. malam ni 3 ekor, memang re el. Lain la kalau ko tenguk isi ikan ini memang putih dan manis. Tak jumpa kat Pasar Borong Pandan & larkin.

Malam doa hidayat, esok kena bangun pagi banyak lagi kampung nak kena pegi. Ya Allah berilah saya faham agama..

Monday, October 17, 2011

Pulau Pemanggil - Part 1



12 Oktober 2011 Rabu
Alhamdulillah. Lepas isyak kami mesyuarat dan usuli dibuat di sekitar Kampung Melayu. Kita hanya gerak sedikit, taskil ringan-ringan, Allah ikram jemaah tunai. Kul 11.00pm terima call, tak ada bot ke Pulau Pemanggil. Apa nak buat? Mesyuarat ringkas, ok no problem ambil keputusan malam tu kami iktikaf di surau. Malam doa hidayat minta & harap hanya pada Allah, muga Allah mudahkan jemaah. Amir Sub kata kalau rezeki kita ada kat pulau pasti kita akan ke sana, so dont worry.

13 Oktober 2011 Khamis
Selepas subuh mesyuarat, bentuk fikir dan usuli lagi sahabat yang lain. Sarapan pagi di Kampung Melayu dan bergerak dengan satu kenderaan. Pasang GPS Garmin Nuvi 255 direction ke Mersing. Jalan clear. Time arival 9.15am. Call orang tanggungjawab Mersing (OTM) maklumkan kehadiran jemmaah. OTM beritau tak ada bot. Dan 4 bot tak sedia nak pergi pulau. No problem, Amir Sub kata kalau tak dapat keluar pulau pun keluar Mersing pun ok. Berilah satu route (surau untuk buat usaha). OTM kata dia akan cuba try test kalau ada bot yang sedia. InsyAllah jumpa kat Surau Sri Bayu.

Allah Akbar! Sampai2 Zainal Bot dah tunggu! Sharp kul 9.15am. Dari jauh dengan spec hitam dia da senyum. Ini kelebihan dia senyum sokmo. Abang nak ke Pulau Pemanggil?, tanya Zainal. Bagai pucuk di cita, Yes! We are going to Calling Island. ok set mesyuarat dengan OTM. Akad harga bot bayar 50% dan deal 4hari 3malam. ok harga RM100 je sorang pegi balik untuk 12 orang. kalau kurang bilangan orang kena la bayar lebih sikit. Tak ada hal punya,ini la the real saham, saham akhirat. RM1 Allah gandakan paling kurang 700 ribu kali ganda. Bot nelayan ni bole isi maximum 12 orang jangan lebih. Semua set kul 11.30am tunggu kat jeti.Sementara tu beli la barang taam (masak)yang kering2 saja, yang basah kat pulau InsyAllah. ok semua set. Barang Taam, Set Taam, Set Taklim everthing in order. Cantik.

Berilah sikit karkuzari (lapuran) pasal pulau ni dan apa takaza (usaha yang kena buat). OTM beri sedikit lapuran pulau pada jemaah untuk memudahkan kerja.Ok dapat le idea sikit2. Ada jemaah yang ada pengalaman ke Pulau Sibu, Pulau Tinggi & Pulau Sentosa. Pulau Pemanggil belum ada pengalaman lagi. OTM tak dapat pergi sama jadi Juragan Zainal lah jadi rahaba (penunjuk jalan). Dia memang orang pulau sana dan kenal semua org kampung sana. Dah dekat 40 tahun bawa bot, memang orang laut.

Alhamdulillah dalam kul 12.00pm bertolak dari jeti. Parking kat jeti (tempat proses ikan masin). Mak cik caj RM10 untuk 4h 3m ok balik baru bayar. mak cik ni ok. lepas buat keje baru bayar. Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam. Zainal taskil jemaah untuk baca doa perjalanan.Kena tabik kat Zainal ni untuk aminkan doa pun dia pakai kopiah, memang respect. Selamat tinggal Mersing panjang umur jumpa lagi. Ombak dijangka 1.0m hingga 1.5m kelajuan angin antara 15km ke 20km sejam, cuaca terang laut tenang, dijangka hujan sebelah petang. Ini semua ramalan, apa yang Allah tentukan pasti jadi.

Dalam 1/2 jam perjalanan nampak 3 buah pulau P Besar, P Tengah & P Ujung. Ada juga takaza ke P Besar tapi halaqah (kawasan) lain yang ambil tanggungjawab. 1/2 jam pertama memang excited. Zainal pasang gawai (tali pancing yang banyak mata kail) dan trolling. Jemmah tak ada yang kaki pancing dan tak bawak apa2 alat memancing. Pasal bukan maksud nak pancing. Maksud nak sampaikan risau bimbang Nabi pada umat. Umati Umati. Mission Possible. Dekat 4 jam ikan tak naik. Dari jauh nampak P Pemanggil. Last Allah ikram kena sekor tuna (tongkol). Set for dinner. Yes sekor cukup untuk 1 jemaah. Belajar yakin.

Alhamdulillah kul 4.15pm sampai jeti P Pemanggil. Manzil kat jeti Doa Hidayat betulkan fikir & niat. Jeti agak panjang 100m dan bergerak lagi ke kiri 300m ke arah masjid. Lepas solat jamaq takhir asar - zohor mesyuarat ringkas bentuk jemaah usuli orang tanggung jawab pulau. Jumpa Imam Utz Aman, Utz Sekolah Agama, Peniaga Runcit, Restoran & Pengusaha Chalet. Sangat ramah dan rajin Utz Aman ni.

Sebelum nak kena the real lunch cum dinner. Order nasi goreng kampung kat restoran Utz Aman siap telur goreng lagi hai baru RM4.00 kira murah la tu lebih murah kalau nak banding dgn JB. Semua orang darat kata kat pulau makan mahal, tak ada lah.Berkat Utz Aman & keluarga.

Dlm kul 6.15pm buat gash (ziarah rumah ke rumah) jumpa Tok Ketua Kampung, Rafa Abu Niat, (3rd Generation, Atuk Tok Ketua yang bukak pulau ni)jumpa Pak Zakaria, kekawan dari Bt Cagar JB Geng Mancing, Mak Yam (Pak Yim), Cikgu Naza, Abang Polis Marin dari Tampoi dan Cikgu2 SK P Pemanggil. Semua ok dapat terima jemaah dengan baik.

Lepas magrib iklan di buat. bayan (ceramah) dan taskil (ajakan & ambil keazaman) orang pulau dibuat. Tok Ketua adalh muazin di pulau ni. Memang kena tabik sebab azan 5 waktu. Kira Pemimpin contoh. Masjid Jame P Pemanggil ni hidup solat 5 waktu. Syabas pada Tok Ketua & Utz Aman. Orang Pulau terima jemaah Skudai pada tahun lepas. Lepas isyak jemaah keletihan dan tidur dengan nenyaknya hingga ke subuh. Walaupun dapat karkuzari banyak nyamuk dan keperluan untuk bawa ubat nyamak tapi hakikatnya nyamuk tak ada. Allah ikram jemaah...

Wednesday, March 16, 2011

Pulau Daat Untuk Dijual

Sumber Portal Rasmi Perbadanan Labuan Pulau Daat - Pulau seluas 242.9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Sumber Portal Rasmi Perbadanan Labuan

Pulau ni akan dibangunkan. Ada pekerja ada kerja, ada usaha atas iman. 15 minit je dari Jeti Labuan. Kekawan P Daat da pindah kat mana?