Wednesday, March 31, 2010

Pulau Pangkor


Pangkor in the old days was known as Dinding, which means 'screen' or 'partition'. This was in reference to the position of the island as it protects the mainland's estuary.
In the 60's and 70's , the name 'Pangkor' was synonymous with salted fish, ikan bilis produce, dried shrimps, shrimp paste etc. Kids grew up on 'Satay Fish' , a stinky but delicious snack made of barbequed and caramalised fish wafers. Those were the days when the packaging was secondary to the content and hygiene was not of utmost priority. Today, walking around Pangkor Island's main village and and you will find shop after shop stuffed with all sorts of produce from the sea, supplied mostly by local cottage industries in the area. In vacuum sealed bags, sanitised bottles, garrish packaging - but once open , the aroma brings back memories of kids running around with their stash of junk food. The packaging has changed somewhat but the Satay Fish is just as delicious ...and as stinky as I remember!
Today, Pangkor Island is a popular island destination for local and Singapore holiday makers. It gets extremely busy during school and public holidays. One operator on the island reported that approximately 2000 holidaymakers were left without a place to stay on the island during the Chinese New Year holiday period.. Of course, many people assume that there's plenty of available rooms on the island and that reservations weren't necessary.
Having said so, there are indeed quite a number of resorts, motels and inns on Teluk Nipah and Pasir Bogak. In particular, Teluk Nipah. One end of the beach is chock-full with chalets, A-huts, small resorts and and restaurants. The accommodation here is quite affordable for budget travellers although not quite as cheap as what can be found on Tioman.
For the more upmarket traveller, there are a number of resorts and hotels scattered around in quieter ends of the island with private beaches for guests to explore and relax without the hassle of touts roaming about selling boat rides etc. Then, of course, if your ideal holiday is to hide yourself away from the crowd, have your own space and just be... then Tiger Rock is a great place to unwind

Tuesday, March 30, 2010

Pulau Redang



Taman Laut Pulau Redang
Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau-pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling, P. Ekor Tebu, P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil, dan P. Lima 45 km dari pantai Terengganu. Perairan di sekeliling pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia. Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan Larangan Perikanan. Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut, Malaysia memberikan perlindungan dan pengurusan khusus untuk kawasan-kawasan marin yang penting untuk negara. Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin yang penting secara berterusan dan menggalakkan orang awam memahami, menghargai dan menikmati warisan marin semulajadi Malaysia bagi generasi Malaysia masa kini dan yang akan datang.
Info Pelawat

Infrastruktur :
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.

Aktiviti :
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat dan di dasar laut yang bersesuaian seperti snorkel, menyelam, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, jungle tracking dan memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan fotografi di darat dan di dasar laut

Monday, March 29, 2010

Pulau Banggi


Pulau Banggi merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Ketinggian tertinggi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat Pentadbiran Pulau Banggi ialah Pekan Karakit dan di Pekan ini ditempatkan Pejabat Daerah Banggi, Rest House, Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA dan rumah-rumah penduduk kampung. penduduk Pekan ini dianggarkan 1000 orang.Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang suluk, Kagayan dan Bajau.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat