Showing posts with label pulau. Show all posts
Showing posts with label pulau. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Labuan



Wilayah Persekutuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah Persekutuan ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pulau Labuan mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, dan 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai, menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

Saturday, August 29, 2009

Taman Laut Malaysia

Nembrota Kubaryana

Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Hari ini, perairan di 42 pulau-pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman-Taman Laut.