Sunday, August 30, 2009

Terumbu Karang


Penemuan Baru : Karang Zoanthus di Abrolhos Bank, Brazil
Gambar oleh E. Marone/Conservation International Brazil


Apakah terumbu karang?
Terumbu Karang adalah bangunan ribuan karang yang menjadi tempat hidup pelbagai ikan dan makhluk laut lainnya. Bayangkanlah terumbu karang sebagai sebuah kota yang sangat sibuk, bangunannya terdiri dari karang-karangan, ikan-ikan dan makhluk laut sebagai penghuninya.

Apakah karang?
Karang yang hidup di laut, kelihatan seperti batuan atau tumbuhan. Tetapi mereka sebenarnya adalah sekumpulan hidupan kecil yang dinamakan polip. Ada dua jenis karang, iaitu karang batu (hard corals) dan karang lembut (soft corals). Karang batu merupakan karang pembentuk terumbu kerena tubuhnya yang keras seperti batu. Kerangkanya dihasilkan dari kalsium karbonat atau zat kapur. Karang baru bekerjasama dengan alga yang disebut zooxanthellae. Karang batu hanya hidup di perairan cetek dimana terdapat sinar matahari.
Karang lembut bentuknya seperti tumbuhan dan tidak bekerjasama dengan alga. Karang lembut hidup di perairan yang cetek dan di perairan dalam yang lebih gelap.

Apakah polip?
Polip karang bentuknya seperti sebuah karung dan memiliki tangan-tangan yang dinamakan tentakel. Polip menyerap kalsium karbonat dari air laut untuk membina rangka luarnya. Penyerapan zat kapur ini bertujuan melindungi tubuh polip yang sangat lembut. Bagaimanakah cara karang makan?Pada tentakel polip terdapat racun yang digunakan untuk menangkap pelbagai jenis hidupan dan tumbuhan laut yang sangat kecil atau disebut plankton sebagai makanan tambahannya. Tentakel karang terbuka pada malam hari dan digunakan untuk menangkap plankton yang melayang-layang dibawa arus. Karang batu mendapatkan makanan dari zooxanthellae.

Apakah zooxanthellae?
Zooxanthellae adalah alga bersel satu yang hidup di dalam jaringan tubuh karang batu. Zooxanthelae dan karang memiliki hubungan simbiosis yang saling bekerjasama. Zooxanthellae menyediakan makanan untuk polip karang melalui proses ‘memasak’ yang disebut fotosintesis, sedangkan polip karang menyediakan tempat tinggal yang selesa dan terlindung untuk zooxanthellae.


sumber : kaskus.us

Saturday, August 29, 2009

Kelunturan Batu Karang

Herliquien - Ghost Pipefish

Apakah kelunturan karang?

Kelunturan karang adalah satu bentuk tekanan dalam terumbu karang yang melibatkan kegagalan hubungan simbiotik di antara karang dan alga unisel ('zooxanthellae').Gejala-gejala kelunturan termasuklah kehilangan warna secara beransur-ansur apabila 'zooxanthellae' keluar dari tisu karang, sehingga menyebabkan tulang karang berwarna putih.Tekanan kelunturan juga boleh dilihat pada hidupan lain di terumbu karang yang mempunyai hubungan simbiotik dengan 'zooxanthellae' seperti karang lembut, kima gergasi, sesetengah span, dan sebagainya. Kawasan karang yang luas boleh terjejas semasa peristiwa kelunturan secara besar-besaran

Mengapa karang terluntur?

Faktor tekanan yang paling biasa dikaitkan dengan kelunturan adalah peningkatan suhu laut, tetapi tekanan lain seperti keamatan cahaya yang tinggi, tahap kemasinan rendah dan bahan pencemar juga boleh memburukkan lagi kelunturan karang. Jika tekanan terlalu banyak atau untuk terlalu lama, karang boleh mati.

Sumber : Jabatan Taman Laut Malaysia

Taman Laut Malaysia

Nembrota Kubaryana

Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Hari ini, perairan di 42 pulau-pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman-Taman Laut.