Friday, September 4, 2009

Lamanya Karang Nak Besar?

Orange cup coral clusters on a pier piling on Bonaire Island in the West Indies. About 80 percent of all life on Earth is found in the oceans, which cover 71 percent of the planet's surface

Bagaimanakah karang berkembang biak?
Karang berkembang baik secara sexual dan asexual. Sexual reproduction berlaku bilamana sel telur dan sperma dikeluarkan oleh karang ke ruang perairan. Sel telur dan sperma dari jenis yang sama kemudian bergabung menghasilkan larva planula. Planula akan tumbuh sebagai polip karang. Asexual reproduction terjadi bilamana planula tumbuh menjadi polip karang dan kemudiannya membelah memperbanyak diri.
Berapakah jangkamasa yang diperlukan oleh karang untuk membesar?
Secara purata dalam setempuh se tahun karang hanya dapat menghasilkan batu karang setinggi 1 cm sahaja. Untuk jangkamasa 100 tahun karang batu itu hanya membesar setinggi 100 cm. Cuba bayangkan, sekiranya karang yang setinggi 5 meter dimusnahkan, ianya memerlukan masa selama 500 tahun untuk kembali seperti semula. Tidak dapat hendak dibayangkan berapa lama .....
Berapakah umur sebuah terumbu karang ?
Terumbu karang termasuk di dalam ekosistem yang tertua di bumi ini. Tahap pertama terumbu karang dihasilkan kira-kira 500 juta tahun yang lalu. Terumbu karang modern telah wujud sejak lebih dari 50 juta tahun yang lalu. Waktu yang diperlukan oleh terumbu karang untuk tumbuh adalah antara 5,000 hingga 10,000 tahun . Jadi terumbu yang kita lihat sekarang ini telah berumur lebih dari 10,000 tahun
Mengapa terumbu karang sangat penting?
Terumbu karang memberikan kelebihan kepada bumi dan manusia. Kelebihan terumbu karang kepada manusia adalah:
- Pelindung pantai dari hempasan ombak.
- Tempat asuhan dan berkembang biak bagi ikan, dan menyediakan makanan, tempat tinggal, dan perlindungan bagi makhluk laut
- Menyediakan sumber protein bagi manusia
- Menyediakan peluang pekerjaan melalui sumber perikanaan
- Salah satu sumber perubatan


sumber : kaskus.us

No comments:

Post a Comment