Masa khuruj ke Labuan beberapa tahun dulu ada berkesempatan ziarah ke Pulau Daat. OT Labuan beri satu route ke pulau. Naik bot dari jeti dekat pasar. Lepas runding harga naik bot dalam 8 orang satu jemaah. Pulau tak ada jeti, kena lompat turun.
Kemudahan asas api guna generator (masa solat sahaja) air guna perigi, memang mujahadah sikit. Untuk hidayat memang kena mujahadah. Orang pulau ni kebanyakannya nelayan dan akan turun ke laut 5 hari seminggu. biasanya hari jumaat semua da sampai ke pulau untuk solat jumaat.
OT Pulau dan beberapa rakan seusaha akan pergi jauh sampai ke sempadan Terengganu! wah jauh tu, aku tanya kenapa jauh sangat. kata dia ye lah sheikh kalau dekat dapatlah sikit2, tengah sikit dapatlah banyak sikit kalau jauh lagi lah banyak, macam keluar 3 hari dapat lah faham sikit, keluar 40 hari lebih sikit, kalau 4 bulan lagi la lebih. Terus taskil 4 bulan. Wah banayk belajar dengan orang pulau ni.
Usaha masturat pun hebat. Karkunah pun pakai hijab kat sini. Memang tabik. Boleh jadi contoh. Kita kena banyak belajar dengan orang pulau. Dia orang ni banyak sifat sabar & syukur ....
No comments:
Post a Comment