Tuesday, March 30, 2010

Pulau Redang



Taman Laut Pulau Redang
Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau-pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling, P. Ekor Tebu, P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil, dan P. Lima 45 km dari pantai Terengganu. Perairan di sekeliling pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia. Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan Larangan Perikanan. Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut, Malaysia memberikan perlindungan dan pengurusan khusus untuk kawasan-kawasan marin yang penting untuk negara. Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin yang penting secara berterusan dan menggalakkan orang awam memahami, menghargai dan menikmati warisan marin semulajadi Malaysia bagi generasi Malaysia masa kini dan yang akan datang.
Info Pelawat

Infrastruktur :
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.

Aktiviti :
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat dan di dasar laut yang bersesuaian seperti snorkel, menyelam, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, jungle tracking dan memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan fotografi di darat dan di dasar laut

No comments:

Post a Comment