keindahan alam ciptaan Allah cintailah alam sekitar dan bersama memelihara khazanah laut
Wednesday, June 16, 2010
Pulau Tinggi 9 - 12 Ogos 2007
Taskil di buat untuk ke Pulau Tinggi 2007, JB 2 kali banjir besar. Dec 06 dan Jan 07. Pulau tak pernah banjir, heran juga. Jemaah dibentuk dan bergerak ke Tanjung Leman. Naik bot dalam 12 orang ke Pulau Tinggi.
Dari JB iktikaf di Tenggaroh 6. Sarapan pagi ditaja oleh Orang Tanggungjawab Tenggaroh (OTT). Nasi lemak sambal udang. Punya la real, selak udang nak sambal, XL size lagi, Tokey udang ikram. Esok pagi bergerak di Tg Leman, OTT sempat seround dua cari udang sekitar jeti untuk bekalan jemaah kat pulau. sayangnya OTT kat jemaah. Allah saja yang dapat balas jasa baik dan ikram OTT.
Laut agak bergelora dan ada jemaah yang mual & muntah2 almaklum tak biasa dilambung ombak, ni la baru mujahadah asbab hidayat seluruh alam, dalam 2 jam sampai ke Pulau Tinggi dan kedudukan masjid selari dengan jeti. Masjid agak besar dan selesa untuk para jemaah. Minggu lepas baru TMJ datang ke Pulau Tinggi dalam program Kembara Pulau-Pulau sekitar Johor. Alhamdulillah sama dan satu fikir dengan jemaah.
Kita kat Kp Tanjung Balang lebih kurang ada 35 orang dan rata2 dari keluarga yang sama dan kampung sebelah Kp Pasir Panjang ada dalam 9 orang. Hari pertama jemaah diikram dengan pari 15 kilo! Amir Sub nak masak apa ikan ni? Amir Sub kata biar la Cip taam yang fikirkan.
Termengah2 jemaah nak habiskan ikan ni. Dalam masa keluar ni doa mudah dikabulkan. Sapa lah punya doa ni, hari ke 2 datang lagi pari kali ni 25 kilo! Bapak besar! cam na nak buat ni Amir Sub, satu hari semalam sedawa pari, hari ni lagi, oh no... Amir Sub dengan hikmah dan kasih sayang menolak rezeki pari ke 2, hasil tekan syor dari jemaah.
Tima kasih Tok Mok, ada pantun kat dinding sekolah sedih dan sayu bunyi dia lebih kurang... kalau korang da sampai darat jangan lupa orang kat pulau...
Ok taskil lagi datang lagi....
Labels:
3 hari,
jemaah 3 hari,
karkuzari jemmah,
karkuzari pulau,
pulau tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)